Ahad, 18 September 2011

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

Pada tanggal 19.9.2011 (Isnin) telah diadakan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011. Majlis diadakan di dewan sekolah bermula selepas perhimpunan rasmi sekolah.  Majlis bermula dengan perarakan jalur gemilang oleh warga sekolah menggelilingi Kampung Senggang didahului oleh pasukan basikal berhias. Selesai perarakan, warga SKS kembali ke dewan untuk acara selanjutnya. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Cik Farizan Bt. Abd Karim diikuti bacaan doa oleh Ustaz Mohd Jamri b. Jiddin. Acara seterusnya ialah Pertunjukkan pakaian beragam oleh murid-murid tahun 2,3,4 dan 5. Program pada hari ini dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada waktu rehat. Murid-murid kembali ke dewan pada pukul 10.15 pagi dan majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian lagu 'Bapaku Pulang Dari Kota' oleh murid prasekolah. Seterusnya ialah persembahan bacaan esei pendek oleh Amira Syahira dari tahun 5 bertajuk 'Erti Kemerdekaan'. Persembahan berikutnya ialah nyanyian lagu bertajuk "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" oleh murid tahun 4 dan diikuti oleh persembahan tarian india oleh murid tahun 2. Persembahan-persembahan yang memukau itu telah mendapat reaksi hebat daripada para penonton. Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan. Slot persembahan kali ini diserikan dengan persembahan oleh guru-guru, murid-murid begitu teruja melihat persembahan daripada guru mereka. Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohd Naim B. Mat Ali bagi menutup program pada hari ini. Pihak jawatankuasa program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara penuh bermakna pada hari ini....
En. Hadi (s/u program bulan kemerdekaan) memberikan taklimat berkaitan perjalanan majlis.


 En. Abd Rahman segak dengan vest Jalur Gemilang.

 Deretan basikal yang bertanding untuk basikal hiasan terbaik.

 Kreatifnya....

 Peserta berbasikal dilepaskan.

 Peserta berjalan kaki dilepaskan.



 Peserta pakaian beragam.

 Bacaan esei pendek.


 Persembahan guru.

 Ucapan penutup oleh En. Mohd Naim B. Mat Ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan