Khamis, 22 September 2011

SAMBUTAN AIDILFITRI 2011

Pada tanggal 23/9/2011 (Jumaat) bermula jam 9.00pagi, telah berlangsung majlis sambutan aidilfitri 2011 yang diadakan di dewan sekolah. Sambutan kali ini agak meriah kerana sehari sebelumnya telah diadakan program mebakar lemang yang diusahakan oleh guru-guru, kakitangan serta dibantu oleh pengusaha kantin. lemang yang dibakar akan dihidangkan untuk semua warga sekolah pada majlis ini. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis Cik Farizan Abd Karim dan bacaan doa oleh Ustaz Jamri B. Jiddin. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh guru besar Pn. Hjh Ainun Safariah Bt. Mat Sidek diikuti persembahan nyanyian oleh murid-murid dari Pra sekolah dan Pendidikan Khas.Segmen persembahan diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada murid tahun 4, 5 dan 6.  Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada peserta persembahan, guru lelaki dan wanita paling bergaya dan 3 orang murid paling bergaya pada hari ini. Majlis diakhiri dengan acara jamuan raya dan penyampaian duit raya kepada murid-murid oleh JKKK Kg Senggang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.






















Ahad, 18 September 2011

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

Pada tanggal 19.9.2011 (Isnin) telah diadakan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011. Majlis diadakan di dewan sekolah bermula selepas perhimpunan rasmi sekolah.  Majlis bermula dengan perarakan jalur gemilang oleh warga sekolah menggelilingi Kampung Senggang didahului oleh pasukan basikal berhias. Selesai perarakan, warga SKS kembali ke dewan untuk acara selanjutnya. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Cik Farizan Bt. Abd Karim diikuti bacaan doa oleh Ustaz Mohd Jamri b. Jiddin. Acara seterusnya ialah Pertunjukkan pakaian beragam oleh murid-murid tahun 2,3,4 dan 5. Program pada hari ini dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada waktu rehat. Murid-murid kembali ke dewan pada pukul 10.15 pagi dan majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian lagu 'Bapaku Pulang Dari Kota' oleh murid prasekolah. Seterusnya ialah persembahan bacaan esei pendek oleh Amira Syahira dari tahun 5 bertajuk 'Erti Kemerdekaan'. Persembahan berikutnya ialah nyanyian lagu bertajuk "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" oleh murid tahun 4 dan diikuti oleh persembahan tarian india oleh murid tahun 2. Persembahan-persembahan yang memukau itu telah mendapat reaksi hebat daripada para penonton. Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan. Slot persembahan kali ini diserikan dengan persembahan oleh guru-guru, murid-murid begitu teruja melihat persembahan daripada guru mereka. Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohd Naim B. Mat Ali bagi menutup program pada hari ini. Pihak jawatankuasa program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara penuh bermakna pada hari ini....
En. Hadi (s/u program bulan kemerdekaan) memberikan taklimat berkaitan perjalanan majlis.


 En. Abd Rahman segak dengan vest Jalur Gemilang.

 Deretan basikal yang bertanding untuk basikal hiasan terbaik.

 Kreatifnya....

 Peserta berbasikal dilepaskan.

 Peserta berjalan kaki dilepaskan.



 Peserta pakaian beragam.

 Bacaan esei pendek.


 Persembahan guru.

 Ucapan penutup oleh En. Mohd Naim B. Mat Ali

Rabu, 7 September 2011

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN SEMPENA UPSR 2011

Pada 8/9/2011(Khamis) telah dijalankan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat sempena peperiksaan UPSR 2011 pada minggu hadapan. Majlis ini bermula pada pukul 9.00pagi disertai oleh guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid tahun 6 serta ibu bapa mereka. Solat hajat dan bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Mohd Noor Azam. Majlis pada pagi ini diakhiri dengan jamuan ringan untuk ibu bapa yang hadir. Program ini dijalankan bagi mengikut surat arahan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak. Pihak sekolah juga telah merancang satu lagi majlis seumpama ini pada keesokkan harinya 9/9/2011(Jumaat). Diharapkan usaha-usaha sebegini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan kepada keputusan peperiksaan UPSR yang mendatang. Selamat berjuang kepada murid-murid tahun 6, semoga berjaya...

 GURU BESAR TURUT SERTA

 PENERANGAN OLEH USTAZ AZAM

 EN.MOHD NAIM BERSAMA KETUA KAMPUNG












IBU BAPA DAN GURU MENJAMU SELERA