Jumaat, 26 Ogos 2011

SAMBUTAN AMBANG RAYA & PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA 2011

Pada 26 Ogos 2011 telah diadakan Program Sambutan Ambang Raya dan Penyampaian Sumbangan Raya bagi tahun 2011. Program ini sememangnya menjadi satu acara wajib pada setiap tahun di SK Senggang. Acara pada tahun ini bermula dengan murid-murid berkumpul di dewan sekolah pada jam 10.00 pagi. Majlis pada tahun ini yang dipengerusikan oleh Cik Farizan diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Noor Azam dan Tazkirah raya yang disampaikan oleh Ustaz Jamri, Acara berikutnya ialah persembahan oleh murid dari Kelas Pendidikan Khas, Tahun 4, dan Tahun 5 mereka menyanyikan lagu, BALIK KAMPUNG, SESUCI LEBARAN DAN SUASANA HARI RAYA, ini diikuti dengan ucapan oleh Guru Besar SK Senggang Pn. Hjh Ainun Safariah bt. Mat Sidek, ucapan Hari Raya daripada Tuan Pengarah Pelajaran Perak juga telah dibacakan oleh En. Mohd Naim b Mat Ali. Seterusnya diadakan penyampaian sumbangan duit raya kepada murid yang berstatus anak yatim dan penyampaian hadiah kepada peserta persembahan. Majlis diakhiri dengan acara salam bermaafan antara murid-murid dan guru-guru. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Ustaz Mohd Noor Azam menyampaikan sumbangan duit raya dari hasil jualan Kedai Buku sekolah kepada semua murid. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN diucapkan kepada semua..... 
 MURID-MURID TAHUN 4 DAN 5 MEMAKAI BAJU RAYA BERSEDIA
MEMBUAT PERSEMBAHAN







Rabu, 24 Ogos 2011

BUKU PROGRAM SAMBUTAN AMBANG AIDILFITRI 2011

*Kepada semua guru sila pastikan anda mendapat buku program ini yang telah mula diedarkan oleh Ustazah Hidayah bermula 23/8/2011.





Khamis, 18 Ogos 2011

Sambutan Nuzul Al-Quran telah diadakan pada 18/8/2011(KHAMIS) di dewan SK Senggang. Pengisian sambutan kali ini ialah bacaan doa oleh Ustaz Jamri diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Muslisa. Sesi ceramah telah diselitkan dengan sesi soal jawab bersama murid-murid. Seterusnya ialah acara menghafaz Al-Quran oleh wakil murid bagi setiap Kelas serta persembahan pantun dan sajak bertema Ramadhan oleh 4 orang murid tahun 5. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian nasyid oleh murid dari kelas tahun 4. Program pada hari ini diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah menyertai pertandingan hafazan Al-Quran yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam. Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Guru Besar SK Senggang, Pn. Hjh Ainun Safariah bt. Mat Sidek.











Isnin, 15 Ogos 2011

BUKU PROGRAM SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 2011

* Semua guru diminta memastikan anda mendapatkan buku program ini daripada Ustazah Hidayah.



TIPS BELAJAR - Kenapa saya sering lupa apa yang cikgu ajar?

MENGAPA ANDA SELALU LUPA

Adakah masalah lupa merunsingkan anda?Itu sudah pasti,bukan?Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca,maka tahniah!! Itu tandanya manusia normal.Hasil kajian menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa dalam masa 24 jam. JANGAN CARI ALASAN. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar @ membuat ulangkaji terlalu awal.Buat apa baca sekarang esok lupa juga” .Inilah kata-kata yang sering diucapkan.

Tahukah anda,sebenarnya anda tidak lupa,Cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.Mudah bunyinya bukan?? Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksan.Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu & untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebai-baiknya.Jangan risau kalau masih banyak yang perlu ingat,yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

FAHAMI APA YANG DIBACA.

Memahami mata pelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.Menhafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.Sekiranya anda belajar awal,anda pasti punya banyak masa & berpeluang untuk bertanya kepada guru-guru & rakan- rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat. Setelah anda benar-benar faham,sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya nmusim peperiksaan.Sediakan juga nota-nota poket & peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang terlah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

HAFAL KATA KUNCI.

Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta. Contoh fakta :Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan & otak kiri. Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut.Keduanya barulah hafal fakta tersebut,tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.

Hafal hanya perkataan ‘dua hemisfera’ yang merupakan kata kunci kepada fakta.Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya.Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!!

PECAHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN KECIL.

Sekiranya anda terpaksa hafal terlalu banyak fakta,jamgan hafal kesemuanya serentak.Tidak perlu terburu-buru.Pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil & hafal setiap fakta dalam kumpulan itu. Misalnya,kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat,pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil.Setiap kumpulan mempunyai 5 fakta.Baik,sekarang mana yang lebih mudah dihafal,kumpulan yang 15 fakta @ kumpulan yang mengandungi 5 fakta?Lihat!mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.Sekali lagi jangan terburu-buru.Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran & ketekunan yang tinggi.

SERING MEMBUAT IMBASAN.

Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji.Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% apa yang dipelajari akan lupa dalam 24 jam.Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat,maka jangan pelik kalau anda terpakasa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan.Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif,anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.Petu di bawah boleh digunakan dan terbukti berkesan: Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam. Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu. Imbas 5 setiap 2 minggu. Imbas 5-10 minit dimusim peperiksaan.

GUNAKAN TEKNIK-TEKNIK INGATAN.

Untuk memudahkan lagi mengingati fakta,anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik nemonik,teknik menggambar cara,teknik ceraian & pelbagai lagi.Pastikan anda kemali kesini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.


ELAKKAN DARI TIDUR PETANG. Ini lagi satu penyakit.Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda.Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat Zuhur.Ini sunnah Rasulullah S.A.W. badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

AJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN.

Cari peluang untuk mengajarkan apa yang anda ketahui kepada orang lain.Libatkan diri secara aktif dalam perbicangan kumpulan.Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.Raikan setiap soalan & hujah daripada rakan.Galakkan mereka bertanya kepada anda.Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

Ahad, 14 Ogos 2011

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

Pelancaran sambutan bulan kemerdekaan kali ini telah diadakan pada 15 Ogos 2011 selepas waktu perhimpunan. Pengisian program ini ialah penerangan tentang sambutan bulan kemerdekaan kali ini oleh En. Mohd Shamsol Hadi sebagai Setiausaha program. Acara seterusnya ialah Pengkisahan mengenai sejarah kemerdekaan dan bendera Malaysia oleh En. Sulaiman diikuti oleh ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Senggang, Pn. Hjh Ainun Safariah Bt. Mat Sidek. Penutup pelancaran hari ini diserikan dengan nyanyian lagu "Jalur Gemilang" oleh warga sekolah dan persembahan sajak oleh Nurul Atikah Bt. Mazlan dari tahun 4. Pihak jawatankuasa program mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama semua pihak menjayakan pelancaran ini.
























Jumaat, 12 Ogos 2011

SENARAI KURSUS LADAP SEPANJANG 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

SENARAI KURSUS YANG TELAH DIJALANKAN

15/1/2011
8.30PG-2.30PTG

  1. KURSUS PENDEDAHAN KELAS PENDIDIKAN KHAS (2 JAM)
  2. KURSUS PERGURUAN KURIKULUM STANDARD PRA SEKOLAH (2 JAM)
  3. KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (2 JAM)

12/2/2011
8.00PG-1.00PTG (5 JAM)

  1. KURSUS NUMERASI DAN LITERASI TAHUN 2

5/4/2011
1.05PTG-4.05PTG (3 JAM)

  1. TAKLIMAT HEADCOUNT DAN POST MORTEM

21/4/2011
1.05PTG-2.05PTG (1 JAM)

  1. Pn.Khairul Sophia bt. Khairuddin - TAKLIMAT BAHASA INGGERIS PASAK 100

13/7/2011
1.05PTG-3.05PTG (2 JAM)

  1. KURSUS PBS / PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

13/8/2011
9.00PG-1.00PTG (4 JAM)

  1. Pn. Rohani bt. Saadan - Teknik Penceritaan Dalam P&P Bahasa Melayu
  2. En. Sulaiman b. Zakaria - Linus Pendidikan Khas
  3. En. Mohd Samsol Hadi b. Mohd Daud - Pemantapan Pedagogi Matematik (KSSR)
  4. Pn. Muslisa bt. Ibrahim - Kursus Tahsin Tilawah Al-Quran

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Tarikh : 13/8/2011 (sabtu)
Masa : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
Tempat : Makmal Komputer
Penceramah/Tajuk:
1) Pn. Rohani bt. Saadan - Teknik Penceritaan Dalam P&P Bahasa Melayu
2) En. Sulaiman b. Zakaria - Linus Pendidikan Khas
3) En. Mohd Samsol Hadi b. Mohd Daud - Pemantapan Pedagogi Matematik (KSSR)
4) Pn. Muslisa bt. Ibrahim - Kursus Tahsin Tilawah Al-Quran